“Alhamdulillah Kami Ada Sepasang” - Oktovia Sambut Kelahiran Anak Kedua
Izwan Isa
22/12/2022 15:50 MYT
22/12/2022 15:50 MYT
Pelakon Oktovia Manrose mendedahkan yang dia selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 6 Disember lalu.
Menerusi kemas kini di Instagram, Oktovia berkata, dia tidak menyangka dikurniakan cahaya mata selepas 11 tahun melahirkan anak pertamanya.
“Anugerah terindah amanah daripada Allah SWT. Hadiah termahal buat saya dan suami. Alhamdulillah, saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Disember 2022 pukul 8.40 malam.
“Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. Alhamdulillah kami dah ada sepasang,” katanya.
Dalam pada itu, Oktovia menambah, tidak ada keuntungan dunia apa lagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia.
“Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah. Didik ikut syarat Allah ikut jalan Rasullullah, bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan neraka.
“To my love Khairul Efsan thank you for being my partner, And a father to my daughter. You are special to me everyday. You are my strength. May we always walk on the same route of life holding the hand! Amin. I will always love you with all my heart. Happy 1st year of our relationship," katanya.
Terdahulu, Oktovia mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Mohamad Khairul Efsan Md Isa pada 21 Disember tahun lalu.
Untuk rekod, anak kepada bekas penyanyi dangdut Iwan itu pernah berkahwin pada 2011 namun bercerai pada 2015. Pasangan itu dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain kini berusia 11 tahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.