Penyanyi dan pelakon Marsha Milan mencuri perhatian wargamaya apabila berkongso foto dirinya bersama perut yang seakan hamil.

Menerusi laman sosial Instagram, Marsha memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah kenyang dua pinggan nasi tapau. Da, da tidak payah tanya mengandung ke tidak, jawapannya TIDAK. Swipe right untuk bukti,” tulis Marsha menerusi ruangan kapsyen.

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan)

Menerusi perkongsian itu, Marsha kelihatan duduk di atas kerusi sambil memegang perutnya yang besar.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi Marsha.

Malah, ramai yang turut mendoakan Marsha agar segera dikurniakan zuriat bersama suaminya.

“Nervous, ingat pregnant tadi. Buat suspen la Marsha ni,” kata seorang wargamaya.

“Semoga Allah kurniakan Marsha baby secepatnya. Bayi yang sihat, cantik, sempurna dan baik macam ibunya,” komen seorang wargamaya.

“Haha perut kita sama keadaaanya macam ni la cuma tak mengandung ja,” usik seorang wargamaya.

“Comelnya perut. Mudah-mudahan satu hari nanti,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 22,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Marsha Milan berkahwin dengan Mohamed Shaiful Nizam pada tahun 2015 dan hingga kini masih belum lagi dikurniakan dengan cahaya mata.