Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Alhamdulillah, Makin Lama Makin Cantik” - Farah Nabilah Tampil Berhijab Penuh

Azwa Rahman 23/08/2021 | 11:50 MYT

Aktres jelita Farah Nabilah tampil mengenakan hijab sepenuhnya dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian video tersebut, Farah yang mengenakan tudung hitam dan baju dari warna sedondon sedang mempromosikan produk bayi kegunaan anak lelakinya Andre Omar.

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial)

Tinjuan Gempak di Instagram Farah, pelakon drama Titian Cinta itu sebelum ini kerap mengenakan selendang dan berpakaian sopan.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan Farah yang sudah berhijab penuh.
Ramai juga yang turut mendoakan agar Farah terus istiqamah dalam mengenakan tudung sepenuhnya.
Alhamdulillah, manis berhijab penuh,” komen seorang wargamaya.
Cantiknya bertudung. Semoga terus istiqamah,” kata seorang wargamaya.
Makin lama makin cantik heroin malaya ni. Semoga istiqamah, amin,” doa seorang wargamaya.
Cantiknya ciptaan Allah. Manis leting senyuman,” puji seorang wargamaya.
Cantik sangat Fawa. Keep it up,” tulis seorang wargamaya.
Alhamdulillah, this is what I love to see. Masyallah, cantiknya,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar info, Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29 pada 20 Disember 2019 di Hotel Royale Chulan Damansara.
Pasangan itu dikurniakan anak lelaki Andre Omar pada 22 Oktober 2020.

#Farah Nabilah #Selebriti berhijab #Andre Omar
;