“Alhamdulillah…Matyip Nak Dapat Adik Girl” – Syatilla Melvin

Asraf Aided
Januari 13, 2019 05:37 MYT
“Alhamdulillah…Matyip Nak Dapat Adik Girl” – Syatilla Melvin
Pelakon Syatilla Melvin berasa teruja berkongsi mengenai jantina bayi dalam kandungannya yang kini hampir mencecah Sembilan bulan.
Menurut Syatilla, dia bakal melahirkan seorang cahaya mata perempuan.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya malam tadi buat tatapan umum.
“Dulu masa scan Matyip (anaknya sebelum ini) pun asyik senyum saja, adik dia pun sama.
“Alhamdulillah Matyip nak dapat adik perempuan, syukur atas rezeki ini Ya Allah,” tulisnya sebagai kapsyen.
Sam dan Syatill mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Mereka menyambut kelahiran cahaya mata pertama iatu Syeriv Samheiz atau mesra disapa sebagai Matyip pada 9 Mei 2017
#Syatilla Melvin