gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Awie Terkilan, Nama Dipetik Serang Shila Amzah - "Siapa Yang Terlajak Itu Cepat-Cepat.."
HIBURAN
Seronok Dengar Cerita Rakan Artis Dah Berkeluarga, Hun Haqeem Luah Rasa Nak Kahwin - “Itu Satu Perkara Yang…”
HIBURAN
Ammar Ahyyan Tak Dibayar Gaji Daripada Aliff Syukri Tapi…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Alhamdulillah, Neelofa Tak Pernah Merajuk Sepanjang…” - PU Riz

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
11/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
“Alhamdulillah, Neelofa Tak Pernah Merajuk Sepanjang…” - PU Riz
Penceramah bebas iaitu PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail mendedahkan isterinya yang juga selebriti Neelofa tidak pernah merajuk sepanjang mereka berkahwin.

Solat bersama

Menerusi video di TikTok, PU Riz memberitahu mereka akan menunaikan solat bersama sekiranya berdepan dengan masalah.

“Alhamdulillah, Neelofa tak pernah merajuk sepanjang saya berada dengan dia. Seorang isteri yang memahami dan kalau ada masalah, kami akan sama-sama solat bersama.

“Selesaikan dengan solat, Insya-Allah,” kata PU Riz bagi menjawab persoalan.

Hilang 'spark' dalam rumah tangga

Dalam pada itu, Neelofa turut berkongsi tips sekiranya pasangan suami isteri sudah hilang ’spark’ dalam rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Kongsi Tips Kekal Istiqamah, Terinspirasi Dengan Orang Selalu Khatam Al-Quran - “Bila Tengok Reels Di Media Sosial, Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga Dengan Pencapaian Diri, Neelofa Berjaya Kuasai Bahasa Arab - “Macam Mimpi Jadi Kenyataan…”

“Saya rasa, kalau ada orang yang situasi itu (hilang spark dalam rumah tangga), mereka kena luahkan dengan adab, kemudian kena ada toleransi.

“Macam mana diorang nak give and take untuk cari solusi. Sekiranya benda itu terlalu menyukarkan, mungkin kena libatkan pihak ketiga untuk kaunseling atau nasihat.

“Yang keempat, sudah tentu kena doa, tawakal, zikir dan kena hidupkan kehidupan agama dalam rumah. Berkahwin ini bukan untuk seronok, suka sama suka, I love you, you love me, tapi ia lebih daripada itu.
“Ia ada satu amanah yang akadnya perjanjian kontrak dengan Allah,” katanya.

Ada dalam Quran

PU Riz yang berada bersebelahan dengan Neelofa turut memberitahu apa yang dikongsikan isterinya itu sememangnya ada dalam Al-Quran.

“Inilah jawapan ilmiah yang Neelofa cakap ini. Sebab Quran ada beritahu kalau ada masalah, mesti lantik wakil di tengah untuk berbicara.

“Sebab kadang-kadang suami isteri bila dah terlalu bermasalah, tak boleh nak bercakap,” ujarnya.
@nunha.store
Yang dah dapatkan ticket jumpa anda di sana, kita ada buka lagi sikit untuk yang masih belum dapatkan ticket, lagi 3 hari sebelum majlis, dapatkan ticket di link bio. jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana! Dari Akad Ke Syurga 12/7/2025 ticket di link bio!
♬ original sound - Nunha Store HQ
Topic Berkaitan
#Neelofa
#Rumah tangga
#Suami Isteri
#PU Riz
#Haris Ismail
#Suami Neelofa
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement