Gaya Hidup
Alhamdulillah... Pemain Bola R. Gopinathan Kini Muhammad Gopi Rizqi Selepas Memeluk Islam
Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor, R. Gopinathan telah disahkan menjadi saudara baru setelah memeluk agama Islam, baru-baru ini.
Gopinathan memilih nama Muhammad Gopi Rizqi bin Rama Chandra sebagai nama Islamnya.
Video Muhammad Gopi melafazkan syahadah di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang kini viral di platform media sosial, khususnya di Twitter.
Rata-rata netizen menyambut baik dan mengalu-alukan penghijrahan pemain bola itu menganuti agama Islam.
Anda boleh lihat ucapan dan kata-kata semangat mereka di bawah:
Sementara itu, menerusi laporan Vocket FC, pemain sayap yang berasal dari Kuantan, Pahang itu difahamkan akan mengahwini gadis Melayu pilihannya tidak lama lagi.Alhamdulillah , GOPINATHAN Bekas Permain Pasukan Pahang dan anak kelahiran Pahang sudah masuk ISLAM.. Dengan nama baru MUHAMMAD GOPI RIZQI BIN RAMA CHANDRA.. pic.twitter.com/qDP8vZIkbb— citieych8 (@citieyhawa4115) October 9, 2019
Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor berusia 29 tahun itu pernah mewakili skuad kebangsaan negara di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal pada 2012 ketika berada di kemuncak prestasi bersama Pahang.
Untuk musim ini Gopi bermain untuk PDRM FA dalam saingan Liga Premier.
Sumber: Semuanya Bola, VocketFC
Must-Watch Video