Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Alhamdulillah Rasa Happy, Ya Allah Amin” – Asif Suhaimi Syukur Lakonan Diterima Ramai

Mya Amri
08/07/2022 10:58 MYT
Bintang YouTube popular, Asif Suhaimi menyatakan rasa syukur kerana lakonannya dalam filem 35mm arahan Syahmi Sazli.

Menurut Asif, sepanjang penggambaran filem tersebut segalanya telah dipermudahkan.

“Alhamdulillah… Syukur, Ya Allah Amin. Rasa gembira sangat, terima kasih kerana terima lakonan saya.

“Masa berlakon bagi saya senang , semuanya dipermudahkan. Pengarah tak garang, baik, saya suka,” katanya kepada Gempak.

35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.

Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.

Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!
#Filem #Asif Suhaimi #35mm