Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Duit Raya” - Filem Syahmi Sazli, Satu Hari Sebelum Raya Kini Raih RM1 Juta

Mya Amri
24/04/2023 04:27 MYT
Filem Satu Hari Sebelum Raya arahan pengarah muda, Syahmi Sazli mencatatkan rekod tersendiri apabila meraih kutipan sebanyak RM1 Juta.

Berita itu dimaklumkan Syahmi menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah kutipan sudah mencecah RM1 Juta. Rezeki Allah bagi duit raya di saat live TikTok kena ban selamanya,” tulisnya.

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)


Untuk pengetahuan, sejak ditayangkan pada 6 April lalu, Satu Hari Sebelum Raya mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penonton.

Selain jalan cerita yang menarik, rata-ratanya juga memuji mutu produksi karya arahan Syahmi itu.

Satu Hari Sebelum Raya merupakan filem arahan ketiga daripada Syahmi selepas Mael Totey The Movie (2020) dan 35mm (2022).

Pelakon yang membintangi filem ini adalah Wanie Rohaimie, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Samer, Hushairy Hussein, Badri Radzi, Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Kamarool Yusoff, Saiful Apek, Anissa Faizul, Poyie Gasi dan ramai lagi.

Kali ini menyaksikan Syahmi mempertaruh banyak muka baru yang popular dalam kalangan masyarakat kita seperti pempengaruh Samer dan bekas pemain bola kebangsaan, Badri Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Piya.

Sinopsis:

Satu Hari Sebelum Raya mengisahkan tentang perjalanan dua adik-beradik yang hidup dalam serba kekurangan, Ika dan Yoe untuk mendapatkan sepasang baju raya pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Sepanjang perjalanan, mereka berjumpa beberapa jenis manusia yang bakal mengubah fikiran dan hidup mereka.

Dapatkah Ika menunaikan janji untuk mendapatkan sepasang baju raya adiknya, Yoe.

Saksikan filem Satu hari Sebelum Raya Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau strim di On Demand atau Astro GO.

Langgan dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
#Astro First #Syahmi Sazli #RM1 Juta #Satu Hari Sebelum Raya
;