Hiburan
“Alhamdulillah, RM10,075 Berjaya Dikutip” - Radin Lelong Kasut, Yeezy 350 Terima Bidaan Paling Tinggi
Penyampai radio ERA Radin Amir Affendy berjaya mengutip wang berjumlah hampir RM10,075 menerusi hasil lelongan kasut-kasutnya malam tadi.
Kutipan wang tersebut akan digunakan bagi membantu mereka yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan serta golongan Frontliners yang memerlukan.
Menerusi laman sosial Twitter, Radin berkongsi jumlah yang dikutip selepas 17 kasut kesayangannya berjaya dilelong.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Alhamdulillah, ini adalah senarai kasut dan jumlah lelongan amal yang berjaya kita kutip malam ini.
“Kepada semua pembeli, nanti pasukan saya akan mesej untuk urusan pembayaran dan penghantaran,” tulisnya lagi.
Menerusi senarai itu, antara kasut yang berjaya dilelong adalah dari jenama New Balance, Nike dan Adidas.
Manakala kasut Yeezy 350 pula mencacatkan nilai lelongan paling tinggi iaitu sebanyak RM1850.
Terdahulu, Radin dan rakan penyampai Haniff Hamzah memulakan pemberian sumbangan hasil pendapatan kepada mereka yang terjejas sepanjang PKP fasa kedua diadakan.