“Alhamdulillah” - Rody Kristal Syukur Selamat Bertunang Dengan Niena Azman

Mya Amri
November 5, 2017 03:51 MYT
Gitaris kumpulan Kristal, Rody selamat bertunang dengan teman wanitanya iaitu penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman.
Pasangan ini selamat melangsungkan pertunangan mereka di kediaman keluarga Niena di Kulai, Johor semalam.
Rody dan Niena memberitahu berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) mereka dengan memuat naik beberapa foto pertunangan mereka pada hari tersebut.
Dalam pada itu, Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 31 juga melahirkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut IG mereka mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat pasangan ini berkahwin.
BACA: SWEETNYA! RODY KRISTAL LAMAR PENJAGA GOL JELITA MENERUSI INSTAGRAM
Foto: Instagram @rodykristal / @niena_azmann
Teks oleh: Mya Amri
#Bertunang #Rody Kristal #Niena Azman