,
Laman Utama

"Alhamdulillah Saya Sihat, Tidak Dijangkiti COVID-19" - Nora Ariffin

Awani
13/05/2021
15:08 MYT
Penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin tampil menjelaskan bahawa beliau sihat dan tidak dijangkiti wabak COVID-19 seperti dilaporkan.
Dalam kenyataan kepada Astro AWANI pada Khamis, penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu berkata, ekoran laporan tidak tepat itu, beliau menerima banyak panggilan telefon dan kiriman mesej bertanyakan status kesihatannya.
Katanya, laporan yang menyebut beliau dijangkiti COVID-19 mencetuskan keresahan bukan sahaja kepadanya, bahkan turut melibatkan beberapa pihak lain.
Ini kerana, jelas Nora, beliau sedang dalam perbincangan mengatur beberapa projek yang turut berkait rapat dengan pihak-pihak berkepentingan lain.
"Laporan saya dijangkiti COVID-19 telah membuatkan ramai yang bimbang dan meminta saya membuat penjelasan. Jadi di sini, ingin saya jelaskan bahawa Alhamdulillah saya sihat, tidak dijangkiti COVID-19 seperti dilaporkan," tegas Nora kepada Astro AWANI.
Nora dalam masa memahami, ada kemungkinan masyarakat tersalah atau terkeliru antara namanya dengan pelakon Nora Danish yang baru-baru ini mengesahkan terkena jangkitan wabak tersebut.
“Mungkin ada yang keliru antara nama saya dengan Nora Danish.
“Saya harap penjelasan ini akan meredakan kebimbangan kaum keluarga dan sahabat-sahabat saya yang bertalu-talu menghantar mesej bertanyakan keadaan saya,” kata Nora lagi.
Pada 9 Mei lalu, Nora Danish dan Tiz Zaqyah memaklumkan mereka dijangkiti wabak COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri.
Manakala, pelakon Nabila Huda yang juga anak kepada legenda rock Amy Search juga mengumumkan dia dijangkiti COVID-19 pada Rabu.
Dalam masa sama, Nora menitipkan doa dan pesanan kepada pelakon Nora Danish yang sedang melalui ujian dijangkiti wabak tersebut.
Tidak ketinggalan doa yang sama turut dititipkan Nora kepada pelakon Tiz Zaqyah serta Nabila Huda yang juga melalui ujian yang sama.
“Semoga Allah memberi kesembuhan segera kepada Nora Danish, Tiz Zaqyah dan Nabila dan semoga ketiga-tiga mereka diberi kekuatan untuk melalui ujian ini.
“Sudah tentu kita semua risau dan bimbang dengan perkembangan pandemik yang menunjukkan peningkatan kes dalam negara. Semoga kita semua akan lebih berjaga-jaga dan akan terus mematuhi peraturan dan saranan kerajaan demi untuk sebuah kehidupan yang lebih baik,” ujar Nora lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syaffiq Sahli Teruja Ajai Bikin Lagu, Terkejut Undian Tertinggi Gimme The Mic Global!

gempak
05/10/2024
05:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Syaffiq Sahli teruja apabila komposer Ajai menawarkan diri untuk mencipta sebuah lagu untuknya.
Hiburan

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

gempak
04/10/2024
15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.
Hiburan

Pinkan Mambo Cerai Kali Ketiga, Hobi Tak Sama Punca Berpisah Dengan Penjual Ubi Kayu

gempak
04/10/2024
08:46 MYT
Penyanyi Indonesia, Pinkan Mambo mengumumkan telah bercerai dengan suami, Arya Khan.
Hollywood

Pemenang Grammy Paksa Lakukan S*ks Bertiga, Rog*l Jurusolek Isteri

gempak
04/10/2024
06:36 MYT
Penyanyi lagu-lagu country, Garth Brooks berdepan pertuduhan merogol jurusolek yang telah bekerja lama untuk isterinya, Trisha Yearwood.
Hiburan

13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Tampilkan Band Baharu! 'Oyasumi Na Sayang' Lagu Bersama Karyawan Jepun

gempak
04/10/2024
04:35 MYT
Walaupun sudah 13 tahun tanpa album baru, Zee Avi kini sedang mempersiapkan album ketiganya.
BorakSeeni