Laman Utama

“Alhamdulillah, Selesai Dengan Cara Baik” - Isa Khan & Risteena Terbukti Tidak Menyalahgunakan Permit Merentas Negeri

gempak
Azwa Rahman
26/03/2021
23:30 MYT
Sponsor Banner
“Alhamdulillah, Selesai Dengan Cara Baik” - Isa Khan & Risteena Terbukti Tidak Menyalahgunakan Permit Merentas Negeri
Pelakon Isa Khan dan isterinya aktres Nur Risteena didapati tidak bersalah dalam isu menyalahguna kebenaran merentas negeri yang dimohon atas urusan kerja di negeri Sabah.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman sosial Instagram mereka berdua sebentar tadi.
Menurut Isa, dia meluahkan ucapan penghargaan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana semua salah faham mengenai urusan pasangan tersebut merentas negeri telah diselesaikan dengan cara baik.
“Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada pihak PDRM kerana telah melaksanakan tugas dengan adil dan bijaksana dalam meneliti kes saya dan isteri yang telah menjadi bualan sejak beberapa hari ini.
“Alhamdulillah setelah memberikan kerjasama dengan pihak PDRM sebentar tadi, semuanya telah selesai dengan baik.
“Saya dan isteri telah terbukti tidak menyalahgunakan permit yang telah diberikan, di mana saya hanya meluangkan bersama dengan isteri di tempat kami menginap setelah selesai urusan kerja. Semua dokumen kerja yang lengkap juga telah dilampirkan kepada pihak bertugas,” tulis Isa menerusi satu hantaran.
Sementara itu di ruangan komen, ramai pengikutnya bersyukur dan berpesan agar mereka perlu berhati-hati sebelum bertindak memuat naik sebarang foto di media sosial.
“Alhamdulillah, amanah yang diberi dijaga dengan baik. Mohon sangat harap tak diulang. Kena lebih sensitif agar tidak dipertikaikan lagi,” komen seorang wargamaya.
“Lain kali berhati-hati dalam berkongsi apa-apa. Ada benda sensitif di mata orang lain. Sebab awak ni public figure,” pesan seorang wargamaya.
“Alhamdulillah semua selesai dengan cara baik,” kata seorang wargamaya.
“Netizen Malaysia memang tak senang. Dah dah la menghukum orang,” luah seorang wargamaya lagi.
Pada Isnin, sebuah media tempatan melaporkan pasangan itu sedang menikmati percutian bulan madu di Semporna Sabah sehingga mengundang rasa kurang senang wargamaya.
Susulan daripada laporan terbabit, Isa dan Risteena menjelaskan keadaan sebenar bagi meredakan spekulasi yang bertebaran di laman sosial.
Sekadar info, pasangan ini bernikah pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live