"Alhamdulillah Semuanya Berjalan Lancar" - Julfekar Selamat Jalani Pembedahan
Asraf Aided
07/11/2019 06:43 MYT
07/11/2019 06:43 MYT
Komposer dan juga suami penyanyi Min Yasmin, Julfekar telah selamat menjalani pembedahan membuang benjolan kecil (ganglion cyst) pada tapak kaki sebelah kirinya di sebuah pusat perubatan tempatan semalam.
Perkara itu dikongsi Min menerusi entri di akaun Instagram miliknya untuk tatapan umum.
Min meluahkan rasa syukur kerana pembedahan itu telah selamat dijalankan.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pusat berubatan yang telah berjaya melakukan pembedahan tersebut.
"Salam everyone, saya dan suami menerima banyak mesej hari ini berkenaan perkongsian saya semalam tentang Jul yang harus menjalani pembedahan di UKM Specialist Centre, Kuala Lumpur.
"Alhamdululillah semuanya berjalan dengan lancar, terima kasih diucapkan kepada @drman.ttdi, Datuk Dr. Badrul Akmal & team.
"Terima kasih atas doa dan perasaan ambil berat anda semua, moga Allah juga melindungi kita semua," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Min mendoakan kesihatan Julfekar agar disembuhkan dengan cepat.
Difahamkan, ganglion cyst merupakan satu penyakit ketumbuhan benjolan berbentuk cecair yang tumbuh sekitar sendi atau tendon seseorang individu yang menghidapnya.