Juara Akademi Fantasia 2 (AF2), Zahid berkongsi berita mengenai penemuan ayahnya, Baharuddin Md Arif di Gerik, Perak selepas gagal dikesan hampir 12 jam.

Zahid melahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada semua pihak kerana membantu berkongsi mengenai berita kehilangannya.

"Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, berita terkini ayah saya sudah dijumpai di gerik pukul 10.30 malam tadi.

"Terima kasih atas bantuan orang di gerik yang memberi info tentang ayah saya.

"Sekarang dia berada di balai polis gerik untuk siasatan lanjut sebab berlaku sedikit kemalangan pada kereta ayah.

"Ink disebabkan penglihatan dia terhad pada waktu malam.

"Terima kasih pada semua yang membantu dengan share post saya dari semua sudut media sosial dan juga yang berdoa untuk ayah saya.

"Terima kasih juga pada pihak media Berita Harian, Kosmo Online, Harian Metro, Sinar Harian, Siakap keli, @era.je, @sinar_my, @gegar.my yang membantu pencarian ayah saya.

"Terima kasih saudara mara di teluk intan yang bertungkus lumus mencari ayah sampai jumpa.

"Terima kasih juga pihak PDRM yang membantu. Semoga Allah swt membalas jasa-jasa kalian semua. Syukur ya Allah," tulisnya.

Terdahulu, Zahid memohon bantuan orang ramai untuk mengesan kereta yang dipandu bapanya bernombor pendaftaran DCS 6092 jenis Proton Preve Silver di sekitar Teluk Intan.

Zahid memberitahu ayahnya yang mengalami masalah ingatan keluar tanpa pengetahuan ibunya kira-kira pukul 11 pagi (Ahad).

??

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin) on

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, Berita terkini ayah saya sudah dijumpai di grik pkl 10:30pm tadi . Terima kasih atas bantuan org di grik yg memberi info tentang ayah saya. Sekarang dia berada di balai polis grik untuk siasatan lanjut sebab berlaku sedikit kemalangan pada kereta ayah. Ini disebabkan penglihatan dia terhad pada waktu malam . Terima kasih pada semua yang membantu dengan share post saya dari semua sudut media sosial dan juga yang berdoa untuk ayah saya. Terima kasih juga pada pihak media Berita Harian, Kosmo Online, Harian Metro, Sinar Harian, Siakap keli, @era.je , @sinar_my , @gegar.my yang membantu pencarian ayah saya. Terima kasih saudara mara di teluk intan yang bertungkus lumus mencari ayah sampai jumpa . Terima kasih juga pihak PDRM yg membantu. Semoga Allah swt membalas jasa2 kalian semua. Syukur ya Allah.

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin) on