“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu
Mya Amri
03/09/2024 13:12 MYT
03/09/2024 13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.
Syasya kini hamil
Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, memaklumkan berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan beberapa foto yang jelas menunjukkan baby bump dan Syasya sedang tersenyum gembira bersama suami, Nasrullah Mohd. Sapie.
Selain itu, foto berkenaan juga memaparkan Syasya memegang helaian akhbar yang tertera dia dan suami akan menyambut kelahiran bayi sulung.
Syasya bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai usia kandungannya.
Sementara dalam ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah atas pengumuman berita gembira tersebut.
Terdahulu tular video yang menampakkan 'baby bump' penyanyi itu yang semakin membesar ketika berjalan di dalam air sambil dipimpin suaminya pada awal bulan lalu.
Sebelum ini, pada Jun lalu Syasya pernah menafikan khabar angin dia sudah berbadan dua sebaliknya 'baby bump' yang didakwa ramai itu hanyalah perut buncit dan pertambahan berat badan.
Syasya melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah dalam majlis tertutup yang berlangsung pada 21 April lalu.