Pelakon Amyra Rosli telah meraih lima juta pengikut di akaun Instagramnya.

Amyra Rosli atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 28, berkongsi pengumuman itu di laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah capai 5 juta pengikut. Thank you for following me, love you guys,” tulis Amyra sebagai kapsyen.

Menerusi foto berpelukan bersama suaminya, Amyra turut membalas pick-up line pada Amar Baharin.

Alahh x pandai lah nk balas pick up @amarbaharin ? . . Cukup lah gambar ni dpt bgtau yg kalau xde awak x lengkaplah hidup saya... #chiachiachia ? . . P/s : Alhamdulillah, reached 5M followers! tq for following me.. love u guys ?

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on


“Alah tak pandailah nak balas pick up. Cukuplah gambar ini dapat beritahu yang kalau tiada awak, tak lengkaplah hidup saya,” jelasnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan mereka.

“Doa yang baik-baik untuk anda berdua bersama anak-anak yang comel,” tulis seorang warganet.

“Sweetnya! Till jannah guys,” ujar seorang warganet.

“Cantik keluarga ni. Moga berkekalan dan sentiasa bahagia,” kata seorang warganet lagi.

Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aqeef Anaqi.