Hiburan
"Alhamdulillah Usaha Seorang Ibu Yang Baik" - Netizen Puji Fasha Sandha Pentingkan Soal Agama Kepada Anaknya
Pelakon popular Fasha Sandha berkongsi sebuah video dua orang anaknya sedang belajar mengaji bersama seorang tenaga pengajar di rumah.
Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Ekoran perkara tersebut, terdapat segelintir netizen memuji tindakan Fasha di ruangan komen.
Menurut pengikut, Fasha seorang ibu yang menitikberatkan soal agama kepada anak-anaknya.
"@eshahhamid57: Alhamdulillah. Usaha seorang ibu yang baik. Dunia di cari akhirat dikejari."
"@warzinanahmad: Alhamdulillah @fashasandha train them from kids..Good example for others."
"@duniamainmain: Alhamdulillah, untuk anak Fasha ada ibu yang fikir untuk akhirat."
"@syeddris: Alhamdulillah..Semoga anak-anak Fasha menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang menyenangkan hati ibunya..Dan bakal memimpin tangan ibu ke syurga..Amin."
Fasha sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 namun disahkan bercerai talak satu pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan Fasha dikurniakan sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.
Must-Watch Video