Pelakon, penyanyi dan pengacara popular Alif Satar mengesahkan bahawa isterinya, Shadila kini sedang hamil anak ketiga.

Menerusi entri di Instagram (IG), Alif berkongsi berita itu kepada pengikutnya dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.

"Ariana here taking notes from the more experienced Alisha. So, cerita dia macam ni. Korang semua macam boleh ‘magically’ teka from a white folded piece of paper that it was an ultrasound (2 post sebelum ni).

"Don’t know how some of you did it, but tekaan korang betul. Jadi berita gembira dikongsikan.

"Alhamdulillah we’re expecting our 3rd child, Alif minta doa anda semua agar kandungan ni sihat dan semuanya berjalan dengan lancar.

"God bless! My living room penuh dengan glitter dari lip balm yang aku beli kat Primark untuk 2 budak kecik ni," tulisnya.

Ariana here taking notes from the more experienced Alisha. So, cerita dia macam ni... korang semua macam boleh ‘magically’ teka from a white folded piece of paper that it was an ultrasound ( 2 post sebelum ni)? don’t know how some of you did it, but tekaan korang betul..??‍♂️?? jadi berita gembira dikongsikan..alhamdulillah we’re expecting our 3rd child, Alif minta doa anda semua agar kandungan ni sihat dan semuanya berjalan dengan lancar.. God bless!! p/s my living room penuh dengan glitter dari lip balm yang aku beli kat Primark untuk 2 budak kecik ni..

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on


Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan mengucapkan tahniah kepada Alif serta isterinya.

Alif dan Shadila yang berkahwin pada 15 September 2014 dan sudah dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.