"Alhamdulillah Yang Kita Miliki Ini Adalah Rezeki Dari Allah" - Ulang Tahun Kelahiran Zaquan Adha Disambut Meriah

Rozaimi Zubaidi
Ogos 8, 2019 04:15 MYT
Pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulang tahun kelahiran di akaun Instagram (IG) miliknya.
Sambutan ulang tahun tersebut telah diadakan pada hujung minggu lalu dan diraikan sebuah majlis yang cukup ringkas.
Majlis tersebut turut di hadiri oleh rakan-rakan pemain bola sepak Kedah dan ahli keluarga terdekat Zaquan serta isterinya, Ayu Raudhah.
Ayu juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi gambar sepanjang majlis berlangsung menerusi ig miliknya.
"Special Celebration for someone Special in My Life @zaqone_08 Happy Birthday Mr.Zaquan Adha.
"Alhamdulillah yang kita miliki in adalah rezeki yang dari Allah swt. Special Couples," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, para peminat turut mendoakan agar kebahagian yang dimiliki oleh keluarga Zaquan ini akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Ayu dan Zaquan telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.
Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis itu diadakan:
#Zaquan Adha #Pemain Bola