Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Akademi Seni & Warisan (ASWARA).

Berita tersebut dikongsikan oleh pengurus Siti, Rozi Abd Razak di laman Instagram miliknya.

"Tahniah @ctdk, waktu untuk memberi kembali kepada masyarakat.

"Siapa pun kita, apa pun latar belakang kita, jika ada usaha, bakat, kreadibiliti, Insya-Allah dapat berkongsi dengan ramai orang.

"Hari ini pertemuan pertama @ctdk bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah ASWARA yang lain," tulis Rozi.

Alhamdullillah.. Semoga Allah SWT permudahkan .. #Repost @rozisangdewi with @get_repost ・・・ Tahniah @ctdk, waktu untuk memberi kembali kepada masyarakat. Siapa pun kita, apa pun latar belakang kita, jika ada usaha, bakat, kreadibiliti, inshaAllah dapat berkongsi dengan ramai orang. Hari ini pertemuan pertama @ctdk bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah ASWARA yang lain. . #Repost @mymotac with @get_repost ・・・ 28 Ogos 2018 - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah ASWARA kepada YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin disampaikan oleh YB Tuan Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. #MyMotac #aswara #sayangimalaysiaku

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Turut mengulang siar entri tersebut di laman Instagram miliknya, Siti bersyukur dan berharap tanggungjawab barunya dipermudahkan Allah.

"Alhamdullillah.. Semoga Allah SWT permudahkan," tulis Siti ringkas.

Siti menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah ASWARA dan ia disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Mohamaddin Ketapi.