"Alhamdullillah.. Semoga Allah SWT Permudahkan" - Siti Nurhaliza Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah ASWARA

Kamaruddin Razal
Ogos 28, 2018 13:12 MYT
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Akademi Seni & Warisan (ASWARA).
Berita tersebut dikongsikan oleh pengurus Siti, Rozi Abd Razak di laman Instagram miliknya.
"Tahniah @ctdk, waktu untuk memberi kembali kepada masyarakat.
"Siapa pun kita, apa pun latar belakang kita, jika ada usaha, bakat, kreadibiliti, Insya-Allah dapat berkongsi dengan ramai orang.
"Hari ini pertemuan pertama @ctdk bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah ASWARA yang lain," tulis Rozi.
Turut mengulang siar entri tersebut di laman Instagram miliknya, Siti bersyukur dan berharap tanggungjawab barunya dipermudahkan Allah.
"Alhamdullillah.. Semoga Allah SWT permudahkan," tulis Siti ringkas.
Siti menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah ASWARA dan ia disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Mohamaddin Ketapi.
#Siti Nurhaliza