Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ali Puteh Langsai Hutang Hidayah, Harap Tiada Isu Berbangkit! - "Mohon Maaf Lambat Bayar Sebab..."

Umirah Halim
03/03/2024 02:00 MYT
Pelawak, Ali Puteh akhirnya selesai melangsaikan hutangnya kepada balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Hamzah yang berjumlah sebanyak RM 72,4990.

Menerusi perkongsian video di Instagram akaun miliknya, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Rizuan, 33 berkata jumlah itu telah dipersetujui oleh peguam Hidayah selepas menolak hutang daripada Hidayah sebanyak RM3,000.

A post shared by Syed Ali (@aliputeh_official)

"Hari ini saya dah selesaikan apa yang tertunggak, lepas ni harapkan isu ini tidak berpanjangan lagi.

"Minta maaf lah sebab terlambat sedikit hantar duit nya sebab saya sibuk bekerja, minta maaf dekat balu arwah abang saya sebab harini baru saya berkelapangan untuk pergi bank.

"Selepas ini harap tiada lagi sebarang dakwaan atau berpanjangan isu ini. Maaf lambat sedikit sebab ada kekangan kerja,” katanya di dalam video tersebut.

Ali yang sempat memaparkan 27 resit sebagai bukti pembayaran hutangnya di dalam video itu turut berharap agar selepas selesai urusan tersebut tiada lagi timbul dakwaan berkaitan urusan hutang bersama bekas kakak iparnya itu.

"Saya terpaksa menggunakan CDM sebab bank tutup, total saya perlu bayar adalah RM75,486.48 tapi dikreditkan kepada Hidayah hanya RM72,490 (lebih kurang halal) selepas ditolak hutang Hidayah pada Ali Puteh sebanyak RM3,000 untuk kes yang awal dulu.

"Jadi ini bukti pembayaran saya sebab kita dah cuba sebelum ini kita dah cuba nak bayar guna cash tapi katanya perlu berurusan dengan lawyer, jadi lawyer dia (Hidayah) pun dah hantar surat dan bank account dekat lawyer saya semalam jadi harini saya pergi bank untuk selesaikan.

"Saya harap isu ini tidak dipanjang lebarkan lagi sebab saya dah selesaikan," ujarnya menerusi video tersebut.

Sebelum ini, Ali terpaksa menjual barangan peribadinya seperi sebuah kereta Honda Accord, trofi kemenangan dalam program televisyen yang pernah dimenangi dan sebuah motosikal jenis RXZ untuk mengumpul duit bagi melunaskan hutangnya.

Ali turut sempat hadir ke kediaman Hidayah sebelum ini bagi i melangsaikan tuntutan saman bernilai RM75,000 bagaimanapun, Hidayah telah menolak penyerahan wang dibuat oleh ahli kumpulan Puteh itu sewaktu hadir ke rumahnya adalah atas faktor keselamatan.

Sekadar info, jumlah tersebut termasuk ganti rugi yang perlu dibayar selepas Ali kalah saman fitnah yang difailkan oleh Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Hidayah Setuju Ali Puteh Tak Perlu Bayar Interest - "Asalkan Bayar Secepat Mungkin Dalam Masa…

Artikel Berkaitan: Peguam Jelaskan Tindakan Hidayah Tolak Duit Ali Puteh - “Orang Akan Tahu Ada Sejumlah Wang Besar Dalam…

#Puteh #Ali #Hutang #Hidayah #Selesai
;