Alia Bhatt, Ranbir Kapoor Timang Cahaya Mata Sulung! Dapat Baby Girl
Amri Hassan
06/11/2022 08:05 MYT
06/11/2022 08:05 MYT
Pasangan popular Bollywood, Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada Ahad.
Memetik laporan ETimes, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan selepas mereka dilihat tiba di Hospital Girgaon di Mumbai, India pagi tadi.
Khabar gembira itu turut disahkan sumber kepada Indian Express.
Ibu kepada Alia, Soni Razdan turut dilihat berada di hospital berkenaan.
Dalam perkembangan terkini, Alia dan Ranbir turut berkongsi hantaran di Instagram, memaklumkan berita gembira kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Untuk rekod, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 14 April 2022 selepas empat tahun berpacaran.
Dua bulan selepas berkahwin, Alia yang popular dengan filem Gangubai Kathiawadi mengumumkan sedang berbadan dua.
Sumber: ETimes, The Indian Express
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!