Alice Chang Dakwa Kini Hamil Anak Kepada Suami Orang Berstatus Datuk Seri – “Kami Baik Saja, Hubungan Kami Stabil”
Khairil Khusyairi
24/10/2024 08:00 MYT
24/10/2024 08:00 MYT
Adik beradik Chang kontroversi Adeline dan Alice tiba di Mahkamah Sepang pagi ini dengan menaiki e-hailing.
Alice menemani adiknya Adeline ke mahkamah kerana disiasat oleh SKMM di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun, atau kedua-duanya sekali.
Semasa Adeline bertanyakan tentang proses di kaunter, Alice mendekati media dan memberi maklumat terkini tentang hubungannya dengan seorang Dato Seri yang didakwa sudah berkahwin.

“Kami baik. Hubungan kami stabil, tidak seperti yang diperkatakan oleh netizen,” kongsinya.
Dalam video oleh China Press, Alice turut mendedahkan bahawa dia kini sedang hamil anak kepada Dato Seri yang tidak dinamakan itu.
“Memandangkan Dato Seri sudah berkahwin, tolong jangan didedahkan kepada umum,” dedahnya.
Alice kemudian berlalu pergi untuk bersama kakaknya semula ketika mereka keluar untuk memasuki mahkamah.
Terdahulu, SKMM telah bekerjasama dengan polis diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat Adeline Chang, kerana didakwa menyiarkan gambar kanak-kanak bawah umur di Facebook dengan kapsyen lucah.
Telefon dan kad SIMnya turut dirampas untuk siasatan.
Kisah Alice mula tular apabila dia telah dipecat daripada Auntie Anne's cawangan Mid Valley Megamall serta-merta selepas isu mencium doh roti di premis berkenaan viral.
Francais makanan itu telah ditutup sementara waktu untuk proses nyahkuman dan pembersihan.