Alicia Keys Sekali Lagi Bergelar Hos Anugerah Grammy
Asraf Aided
15/11/2019 09:19 MYT
15/11/2019 09:19 MYT
Penyanyi popular Hollywood, Alicia Keys telah diberi kepercayaan untuk menjadi hos bagi Anugerah Grammy ke-62.
Ia merupakan kali kedua pelantun lagu If I Ain't Got You mengacarakan anugerah tersebut selepas peluang pertamanya pada tahun lalu.
Memetik laporan CNN, anugerah muzik berprestij itu bakal berlangsung pada 26 Januari 2020 di Staples Center, Los Angeles.
"Pada mulanya, saya sangka peluang untuk mengacarakan Grammy pada tahun lalu adalah sekali seumur hidup, namun apabila peluang itu datang lagi kali ini, saya tidak teragak-agak untuk menerimanya.
"Mengacarakan Grammy tahun lalu memberikan pengalaman yang sangat berharga untuk saya.
"Saya dapat merasakan suasana yang sangat indah dalam ruang dewan dan juga dari seluruh dunia yang menontonnya," kata Alicia dalam sebuah kenyataan.
Dalam pada itu, Alicia turut berkongsi berita gembira itu menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Sumber : CNN