Penyanyi dan pengacara TV terkenal Taiwan, Alien Huang dilaporkan meninggal dunia di rumahnya.

Huang yang berusia 36 tahun itu dipercayai mengalami kemalangan selepas terjatuh di tandas rumahnya pada Rabu.

Mendiang ditemui bapanya ketika waktu makan tengh hari sekitar jam 11 pagi dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di ruang laluan berdekatan bilik mandi.

Terdapat juga kecederaan pada bahagian kepalanya serta kesan darah di lantai.

Menurut laporan media Taiwan, pada ketika itu tab mandi masih dipenuhi air membuatkan pramedik percaya bahawa mendiang meninggak dunia selepas tergelincir di bilik air.

Polis juga tidak menemui sebarang objek atau kesan yang mencurigakan.

Sekadar info, Huang dikenali sebagai hos program 100% Entertainment bersama Show Lo and Linda Chien. Dia memulakan karier seninya sejak 2006.

Sumber: South China Morning Post