gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Cinta Ditolak, Lelaki Minta Pulangkan Duit Belanja Makan RM11
HIBURAN
Jessie J Dedah Diagnosis Kanser Payudara Peringkat Awal
HIBURAN
"Jaga SOP, Jangan Cium Anak Saya" - Nabila Razali
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Alif Muhaimin Tak Malu Hadiri Sesi Uji Bakat Terbuka - “Saya Tak Kisah, Kita Cuba Peluang Yang Ada”

gempak
Mya Amri
06/06/2025
00:59 MYT
Sponsor Banner
Alif Muhaimin Tak Malu Hadiri Sesi Uji Bakat Terbuka - “Saya Tak Kisah, Kita Cuba Peluang Yang Ada”
Pelakon, Alif Muhaimin masih sedia menghadiri sesi uji bakat biarpun sebelum dia pernah menyandang gelaran sebagai juara Hero Remaja 2017.

Tak malu uji bakat

Menurut Alif, uji bakat bukan sahaja memberi gambaran tentang kebolehan seseorang pelakon walaupun hanya sekadar watak tambahan.

“Saya tahu uji bakat ini untuk mencari pelakon tambahan tapi saya tak kisah sebab pada saya itu pun pelakon juga.

“Orang kata datang sebab hero remaja, tolak tepi semua itu, bagi saya ini adalah pengalaman lagi-lagi uji bakat dengan pengarah, Adrian Teh,” katanya kepada Gempak ketika menghadiri sesi uji bakat filem Martabat: Misi Berdarah baru-baru ini,

Proses biasa

Tambah Alif lagi, dia juga tidak malu untuk menghadiri uji bakat secara terbuka dan menyifatkan proses itu sebagai perkara biasa yang perlu dilalui oleh pelakon.

“Saya tak kisah pun datang uji bakat terbuka begini, walaupun untuk mencari pelakon tambahan, mungkin akan ada yang nampak kebolehan saya.

“Mungkin in the future boleh jadi benda lain, kita cuba sahaja peluang yang ada, rezeki itu luas,” ujarnya.
Martabat: Misi Berdarah dibintangi oleh Zahiril Adzim, Nafiez Zaidi, Fad Bocey, Elvina Chua, Shiqin Kamal, Emma Maembong, Iedil Putra, Nelissa Nizam, Tony Eusoff dan ramai lagi.
Filem ini dijadualkan di pawagam bermula 12 Jun 2025.
Topic Berkaitan
#Alif Muhaimin
#Hero Remaja
#Uji Bakat
#Martabat Misi Berdarah
Must-Watch Video