Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Alif Satar Ada Sebab Kongsi Pengalaman Tunai Haji - “Saya Anggap Ia Sebahagian Daripada…”

Asyikin Mayudin
31/08/2023 09:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Alif Satar menjelaskan tujuan dia berkongsi pengalamannya ketika menunaikan haji kepada pengikut di media sosial untuk meluahkan betapa seronoknya ibadah tersebut.

Alif turut menganggap perkongsian yang dimuat naiknya itu juga merupakan sebahagian daripada dakwah kecil yang dilakukan.

"Tujuan saya berkongsi pengalaman haji sebelum ini, saya anggap itu sebahagian daripada dakwah kecil yang dilakukan.

"Untuk beritahu anak-anak muda atau sesiapa yang follow saya di media sosial tentang betapa seronok dan indahnya ibadah haji.

"Saya sedar diri saya tidak sempurna, tapi bila saya dapat sampaikan betapa seronoknya ibadah ini untuk orang lain, mengapa tidak saya sebarkan kebaikan itu," katanya.

Sementara itu, disoal adakah dia akan lebih selektif dalam memilih watak memandangkan sudah bergelar haji, Alif berkata dia tidak kisah mengenai watak yang ditawarkan.

"Saya tidak pernah memilih watak dan saya tidak kisah bawakan watak apa pun. Apa yang saya fikirkan soal cara pembawakan sesuatu watak itu.

"Bukan nak kata tiba-tiba dah balik dari buat haji saya memilih watak. Saya akan sentiasa disiplin dalam apa saya lakukan.

"Tapi sebelum buat haji pun rasa saya tidak pernah buat watak yang bukan-bukan. Bukan soal selektif atau memilih tetapi bagaimana cara pamerkan watak," tambahnya.

Pada Jun lalu, Alif dan isteri iaitu Sha Dila telah berangkat ke tanah suci Makkah untuk mengerjakan ibadah haji.

#Alif Satar #Haji #Tunai Haji
;