Hiburan

Alif Satar Berubah Jadi Panas Baran

gempak
Kamaruddin Razal
14/04/2017
15:43 MYT
Sponsor Banner
Alif Satar Berubah Jadi Panas Baran
Pelakon drama bersiri Dia Semanis Honey, Alif Satar bertukar karakter menjadi seorang lelaki yang panas baran.
Selain panas baran, Alif juga sukar mengawal kemarahannya di hadapan orang ramai.
Jangan risau kerana perubahan karakter tersebut hanyalah tuntutan watak yang digalas oleh Alif dalam drama bersiri Hikayat Cinta Si Pematah Hati.
Menerusi drama bersiri terbitan Suhan Movies itu, Alif bergandingan dengan penyanyi Nabila Razali.
"Saya memegang watak sebagai Rayyan Raiqal, seorang jejaka yang mempunyai sikap panas baran. Rayyan sukar mengawal sikap buruk dan Rayyan juga tidak menjaga penampilannya sehingga kelihatan serabut.
"Watak Rayyan sangat berbeza dengan watak Ahnaf Wafiy yang saya bawa dalam Dia Semanis Honey. Saya berdebar untuk menantikan reaksi peminat," kata Alif kepada Astro Gempak.
Tambah Alif, watak Rayyan Raiqal menjadi satu cabaran yang berat untuk ditempuhi sebagai seorang pelakon.
"Menerusi Dia Semanis Honey, watak Ahnaf lebih ringan. Watak Rayyan dalam Hikayat Cinta Si Pematah Hati menuntut saya untuk lebih banyak bermain dengan emosi.
"Apa yang penting, saya mencuba untuk melakukan yang terbaik sebagai tanda penghargaan untuk peminat yang tidak henti menyokong kerjaya seni saya," katanya lagi.
Hikayat Cinta Si Pematah Hati yang membariskan Alif Satar, Nabila Razali, Hafreez Adam, Yaya Zahir, Nadiyah Shahab dan ramai lagi ini akan mula bersiaran pada 24 April jam 10.00 malam, setiap Isnin hingga Khamis hanya di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024