RANCANGAN
Alif Satar Jelajah Pulau Terpencil & Perkampungan Komuniti Melayu Dalam Jalan-Jalan Australia
Program travelog Jalan-Jalan Australia terus membawa penonton meneroka keunikan Australia bersama pengacara, Alif Satar.
Dalam episod kali ini, Alif mengembara ke salah satu pulau terpencil di dunia iaitu Pulau Cocos Keeling, sebuah lokasi yang kaya dengan sejarah dan budaya masyarakat Melayu Islam.
Perjalanan 6 Jam ke Pulau Terpencil
Untuk sampai ke Pulau Cocos Keeling, Alif perlu menaiki penerbangan selama enam jam dari Perth. Pulau ini terletak di tengah-tengah Lautan Hindi dan terkenal dengan keindahan pantainya yang memukau serta kehidupan masyarakat Melayu yang unik.
Kenal Cara Hidup Masyarakat Melayu di Pulau Cocos
Menariknya, Pulau Cocos Keeling mempunyai komuniti Melayu yang kuat, dengan 85% daripada penduduk Muslimnya sudah menunaikan ibadah haji.
Dalam episod ini, Alif berpeluang merasai sendiri cara hidup masyarakat di sini, termasuk budaya, makanan tradisional, dan keunikan kehidupan mereka di pulau terpencil ini.
Selain itu, difahamkan kenderaan utama yang digunakan oleh penduduk di sini ialah buggy, yang memberikan pengalaman unik kepada Alif ketika meneroka pulau tersebut.
Jangan lupa untuk menyaksikan Jalan-Jalan Australia: Episod 4 yang akan disiarkan pada 22 Mac, Sabtu jam 7 malam di Astro Oasis (saluran 106). Anda juga boleh menontonnya secara strim di Astro One, Astro Go, atau Sooka TV.
Saksikan sendiri pengalaman Alif Satar di Pulau Cocos Keeling dan nikmati keindahan serta keunikan budaya Melayu di bumi Australia!