Hiburan
Alif Satar Karaoke Lagu Percayalah, Ini Respon Siti Nurhaliza….
Penyanyi Alif Satar mencuri tumpuan wargamaya apabila menyanyikan lagu Percayalah versi karaoke bagi memenuhi permintaan isterinya, Shadila Halid.
Menerusi laman sosial Instagram, Alif memuat naik video nyanyian lagu asal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu untuk tatapan umum.
“#KuarantinKaraoke: Nak terputus urat leher aku. Tapi you request, I tunaikan jugak @shadilahalid,” tulis Alif sebagai kapsyen.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut memuji nyanyian karaoke Alif.
Malah, Tokti turut sama meninggalkan maklum balas positif di ruangan komen Alif.
“Yeahhh!” tulis Tokti.
“Kenapa akak dengar macam suara komposernya?” usik penyanyi Nourul Depp.
“Awesomeee!” kata pelakon Fify Azmi.
“Nampak sangat macam nak tercabut segala urat yang ada tu,” komen pelakon Didi Alias.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 400,000 tontonan oleh warga Instagram.
Imbas kembali, Alif dan Shadila telah berkahwin pada 15 September 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini sudah dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca dan seorang putera Muhammad ‘Ali.
Must-Watch Video