Hiburan
Alif Satar Pesan Jangan Terus Beli Basikal Mahal! - "Saya Beli Daripada Nabil Jeffri Harga RM2500 ..."
Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar mendedahkan dia hanya membeli basikal terpakai ketika permulaan melakukan aktiviti berbasikal.
Menurut Alif, 30, dia tidak kisah walau basikal itu hanya berharga RM2500.
"Korang nak mula berbasikal tak payah beli mahal-mahal. Kita relax ja. Saya dulu pakai basikal terpakai saja.
"Saya beli basikal daripada Nabil Jeffri, masa tu dia dah tak nak pakai sebab nak upgrade.
"Saya cakap saya beli basikal tu, harga RM2500. Dengan kasut entah apa-apa masa tu saya beli.
"Tapi saya memang nak kayuh basikal. Jadi kita mula dengan small lepastu baru perlahan-lahan.
"Kecuali memang betul passionate, ada duit untuk itu, nak belanjakan RM17,000 untuk basikal, teruskan," katanya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube Alif Satar semalam.
Tambah pelantun lagu I Want You To Love Me, apa yang penting adalah semangat selain mempunyai matlamat yang sama.
"Semangat tetap sama. Baik? Yang penting kita kayuh untuk sihat dan gembira. Pastikan selamat di jalan raya," katanya lagi.
Aktiviti berbasikal kini semakin menjadi popular serta hobi kegemaran buat orang ramai termasuk selebriti tanah air.
Antara selebriti lain yang terjebak dengan aktiviti kayuhan ini adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali, Bella Dally, Hanez Suraya, Radin ERA dan Zizan Razak.
Must-Watch Video