Alif Satar Positif COVID-19; “Saya Mohon Maaf, Doakan Saya” -
Mya Amri
22/11/2020 09:19 MYT
22/11/2020 09:19 MYT
Penyanyi dan pelakon Alif Satar menyampaikan khabar kurang baik apabila mengumumkan dirinya positif COVID-19.
Berita itu dimaklumkan Alif menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya sebentar tadi.
Posting itu juga turut disertakan dengan foto Alif memakai pakaian hospital. Ironi, Alif baru selesai membuat persembahan di pentas semifinal Muzik Muzik 35, kelmarin.
Menurut Alif, dia reda dengan dugaan yang diberikan dan perkara utama terlintas difikiran adalah keadaan keluarganya.
“Assalamualaikum… Dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19.
“Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif di dapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Alif,” tulisnya.
Alif juga memaklumkan dia kini sedang menjalani proses kuarantin.
“Alif telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini.
“Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah S.W.T.
“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan... p/s Alif sekarang menjalani proses kuarintin,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan Alif.