Hiburan

Alif Satar Syukur Tiada Kecederaan Serius - “Masa Jatuh, Kepala Sakit Dan Pening”

gempak
Mya Amri
30/12/2023
09:02 MYT
Sponsor Banner
Alif Satar Syukur Tiada Kecederaan Serius - “Masa Jatuh, Kepala Sakit Dan Pening”
Penyanyi, Alif Satar bersyukur tidak mengalami kecederaan serius selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat ke rumah keluarganya semalam.
Menganggap kejadian yang menimpanya sebagai ujian, Alif menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya memaklumkan dia telah pun melakukan pemeriksaan doktor.
“Alhamdulillah.. Allah uji sikit saja… Terima kasih semua yang mendoakan kesejateraan, semoga Allah S.W.T makbulkan dan permudahkan urusan kalian juga.
“Dah check up dengan Doctor di KPJ Tawakal semalam, and all is clear, takda yang patah, masa jatuh kepala sakit dan pening.
“Takut juga ada yang serious tapi doktor bagitau takda symptoms concussion. Syukur, cuma badan sakit-sakit. (semoga buat penghapus dosa).
“Terima kasih sekali lagi buat semua yang call dan mesej bertanya khabar, saya cuba untuk balas semua,” maklumnya.

BERITA TRENDING: Alif Satar Kemalangan Motosikal Balik Solat Jumaat!

Terdahulu, pengurus Alif, Dina memberitahu insiden terbabit berlaku ketika Alif dalam perjalanan pulang ke rumah ibu bapanya di Hartamas, Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Alif Satar Segan Dipuji Suara Sedap, Cergas & Ada Asas Agama Mantap

Namun, Alif tidak mengalami kecederaan teruk dan akan melakukan ujian x-ray bagi memastikan tiada kecederaan dalaman.

PILIHAN PEMBACA: Alif Satar Tidur Tepi Jalan, Tak Mandi 2 Malam Tunai Haji- "Rupanya Macam Ni Lah Rasa Gelandangan"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live