Pelakon Alif Satar akui teruja apabila bakal digandingkan dengan Neelofa sebagai pelakon utama untuk sebuah drama bersiri Red Velvet.
Lebih teruja Alif memberitahu Red Velvet sebuah drama yang mempuyai jalan cerita yang lebih menarik dan berkualiti.
"Masa mula-mula ditawarkan itu saya dengar Neelofa yang mahukan saya bergandingan dengannya dalam drama ini.
"Sebenarnya saya tidak kisah dengan siapa saya berlakon asalkan saya dapat naskah yang mempunyai kualiti.
"Setelah membaca skrip dan tahu jalan ceritanya saya rasa drama ini mempunyai kualiti tersendiri dan menarik untuk diketengahkan.
"Apa-apa pun saya teruja untuk melakukannya kerana sudah tiba masanya kita tampil dengan drama berkualiti serta orang-orang yang berkualiti di kaca TV," katanya kepada Astro Gempak.
Red Velvet akan ditayangkan di slot Mega Drama iaitu slot sama bagi drama Suri Hati Mr. Pilot lakonan utama Neelofa dan Fattah Amin.
Alif dan Neelofa dijadulakan bakal menjalani penggambaran drama Red Velvet untuk saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) itu bermula selepas sambutan hari raya Aidilfitri.
Apabila ditanya apakah persiapannya untuk mencipta chemistry bersama Neelofa, Alif memberitahu ia bukan perkara yang sukar baginya.
"Apa yang boleh saya beritahu watak saya dalam ini adalah seorang baker atau pembuat kek bercinta dengan seorang wanita yang dilakonkan oleh Neelofa.
"Rasanya selama berlakon ini, saya tiada masalah untuk cipta chemistry dalam lakonan kerana saya sering berjumpa dengan ramai orang baru dan saya pandai untuk berkomunikasi.
"Namun, apa-apa pun kita lihat sahaja nanti chemistry kami selepas masuk set penggambaran," katanya lagi.
Perkembangan lain, Alif kini muncul dengan baju Melayu Tradisi Alif Satar by Bon Zainal yang telah dijual di pasaraya Parkson serta butik terpilih.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Thu Jun 15 2017
Genting Highlands Jadi Tuan Rumah Festival Audiovisual Sunset By Neon
Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) akan menganjurkan festival muzik tekno minimum pertama pada 4 dan 5 Mei ini.
Bekas Suami Katy Perry, Russell Brand Tukar Agama Lepas Dituduh Perkosa Wanita
Pelakon dan pelawak Russell Brand mengumumkan telah menukar kepercayaan agamanya daripada Buddha kepada Kristian.
Erma Fatima Mohon Maaf Guris Hati Orang Singapura Tapi Tetap Pendirian Terhadap Sarah Yasmine
Erma Fatima mohon maaf.
Ramai Nak Kurus Cepat, Ubat Diabetes Ozempic Terpaksa Dicatu?
Selain pembedahan bariatrik atau potong usus yang dilakukan dalam usaha menurunkan berat badan, salah satu cara lain yang cukup popular saat ini adalah pengambilan ozempic. Oleh sebab itu, menerusi satu notis yang diterterakan di sebuah hospital, ubat tersebut didapati mengalami kekurangan stok sehingga dicatu oleh pihak pembekal. "Harap maklum
Lawak Atau Koyak S2 | Kecik panggil Joe Flizzow Pakcik Botak?
Kecik nampak macam goyang je nak interview dengan Joe Flizzow . Cuak la tu nak goyangkan Mr President .Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#LawakAtauKoyak
“Kalau In The Future I Dengan Aliff Berbaik..” - Sarah Yasmine Sentiasa Sokong Bella Astillah
Kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine mendedahkan bahawa dia akan sentiasa memberi sokongan kepada isteri dan adik ipar Aliff Aziz, Bella dan Didi Astillah.
Buat Spotcheck Waktu Staf Masuk Kerja, Majikan Ini Dikritik Netizen - "Kalau Kau Nak Pekerja Awal, Pastikan..."
Peribahasa Melayu pernah menyebut, masa itu emas yang membawa maksud masa itu sangat berharga dan janganlah dipersia-siakan. Itulah yang dapat dilihat menerusi satu entri di media sosial baru-baru ini di mana seorang majikan membuat pemeriksaan terhadap waktu masuk kerja pekerja-pekerjanya. Menerusi video terbabit, majikan itu difahamkan meluahka
Awek cun buat report | YES TUAN EP 7
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Selesa Sebagai ‘Bestie’, Nabil Aqil & Alya Iman Enggan Terjebak Cinta Lokasi
Pelakon Nabil Aqil dan Alya Iman mengakui enggan terjebak dengan cinta lokasi kerana tidak mahu merosakkan status persahabatan mereka yang sudah terjalin sejak 2021.
Hukuman Siti Bainun Abai & Aniaya Remaja Down Sindrom, 12 Tahun Di Penjara Kajang
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku pe