Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk Kata Benda Ini Perangkap Ke, Saya Tidak Dalam…”

Asyikin Mayudin
02/05/2024 19:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz turut membuka mulut mengenai kontroversi dia didakwa ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada awal Mac lalu.

Tak Kisah Netizen Nak Buat Spekulasi

Menerusi podcast di The Common Folks SG, Aliff bagaimanapun tidak mahu mengatakan tangkapan itu merupakan satu perangkap buatnya dan Ruhainies.

“Apa yang dah jadi itu benda dah jadi. Bukan perancangan daripada pihak kami ke. Untuk kata benda ini perangkap ke, I’m not in position to say (saya tidak dalam kedudukan untuk berkata).

“For me, aku hanya anggap benda yang berlaku depan mata ini, aku hadap depan mata. Dah kena tangkap, atau apa saja yang orang buat spekulasi, mereka boleh spekulasi atau nak percaya apa yang mereka nak.

“Untuk aku, lebih kepada ‘why’… aku ada banyak benda ‘why’… macam mana nak cakap,” kata Aliff.

Tak Nak Tunding Jari Kepada Bella

Pada perkongsian yang sama, Aliff juga enggan menunding jari kepada isterinya iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang didakwa menjadi dalang kerana menganggap kesilapan itu berpunca daripadanya sendiri.

“Dia ada banyak fikiran akal, atau fikiran matang. Aku tak nak tunding jari sebab ia satu tuduhan. The fact is I was there. Semua atas diri aku, tak ada orang letakkan pistol dekat kepala aku untuk lakukan.

“Apa-apa yang berlaku atas kesilapan aku, aku nak kena man up, make peace with it and try to move foward. Tapi susah untuk move foward sebab semuanya hura-hara sekarang.

“Untuk aku, aku tak boleh sentuh benda itu sama ada ia perangkap atau tidak sebab at the end of the day, I was there,” ujarnya.

Pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.

Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.

Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.

Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.

BERITA TRENDING: Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah - “Tak Tahu Nak Mula Macam Mana”

BERITA TRENDING: “I’m Sorry” - Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Mohon Maaf Pada Bella Astillah

#Aliff Aziz #Ruhainies #Khalwat #Perangkap
;