Laman Utama
Aliff Aziz Dipenjara Dua Minggu, Denda Mencuri & Kelakuan Tidak Sopan
Penyanyi Aliff Aziz dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM1500 ($500) selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
Aliff, 29, mengaku bersalah di Mahkamah Negara Singapura atas dua pertuduhan itu pada 7 Ogos lalu.
Menerusi kertas pertuduhan yang dibacakan, Aliff didakwa mencuri wang sebanyak $300 (RM915) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.
Timbalan pendakwa raya Sarah Siaw berkata, Aliff kemudian mengakui telah mencuri wang tunai itu untuk makanan dan pengangkutan.
Sementara itu dalam kes berbeza, Aliff didapati mabuk di bawah jambatan pusat membeli-belah Orchad Towers sekitar pukul 5.30 pagi pada 10 November tahun lalu.
Seorang pegawai polis yang berada di sekitarnya melihat dia menjerit dengan kuat dan memberi isyarat kepada seseorang.
Sarjan Theodore Lee, 24, meminta Aliff untuk bertenang dan dia mematuhinya namun melakukan tindakan serupa sekitar satu jam kemudian.
Sekadar info, Aliff berkahwin dengan penyanyi Bella Astillah pada tahun 2016 sebelum bercerai pada 16 Mei 2019.
Bella rujuk kembali dengan Aliff dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 3, dan Ara Adreanna yang baru berusia 2 bulan.
Sumber: mStar