Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh, Ustaz Mohon Doakan Yang Baik-Baik!

Amri Hassan
07/08/2024 13:25 MYT
Penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz dilihat bersama-sama dengan sekumpulan tabligh baru-baru ini.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh Ustaz Haji Taufik di TikTok, Aliff yang dilihat mengenakan serban putih berada di salah sebuah masjid di Singapura.

Dalam perkongsian sama, Ustaz Haji Taufik turut meninggalkan pesan agar orang ramai tidak mudah meletakkan hukum sesama manusia.

"Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum manusia hanya dengan telinga?

"Doakan yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik dan mudah-mudahan pengakhirannya semuanya akan menjadi lebih baik.

"Ulama beritahu, ‘hakikatnya di dunia ini tiada orang jahat sebenarnya tetapi mereka yang tersalah memilih suasana'.

"Mudah-mudahan suasana agama ketika keluar tiga hari ini akan menjadi medan tarbiah untuk kami islah diri dan belajar menjadi orang yang baik di sisi Allah SWT," katanya.
undefined
Untuk rekod, Aliff pernah mengikuti jemaah tabligh sekitar Ogos 2021.

BERITA TRENDING: VIDEO: Hidayah Milik Allah! Scroll Instagram, Aliff Aziz Terdetik DM Kumpulan Tabligh – Tak Tahu Apa Yang Gerakkan Hati Saya”

BERITA TRENDING: "Selama 30 Tahun Hidup Macam-Macam Dah Buat" - Aliff Aziz Syukur Allah Buka Hati Untuk Bertaubat

BERITA TRENDING: “Moga Allah Izinkan & Memilih Saya Lagi”- Aliff Aziz Rindu Tabligh

BERITA TRENDING: Gelagat Anuar Zain Tuang Teh Tarik Di Kem Tabligh Curi Perhatian

#Viral #Aliff Aziz #Singapura #Tabligh #Ustaz Taufik