Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Aliff Aziz Mohon Maaf Pada Bella Astillah

Amri Hassan
13/10/2023 12:58 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza Aliff Aziz tampil memohon maaf secara terbuka kepada isterinya, Bella Astillah.

Menerusi hantaran di Instagram, Aliff berharap kenyataannya tidak menggores hati Bella.

"Kepada isteriku, dalam pada kekecohan yang berlaku sejak beberapa hari lalu, saya mohon maaf jika kenyataan saya dalam temubual sebelum ini menyakitimu atau membuatkan kamu kecewa sayang.

"Saya tiada niat langsung untuk membuatkanmu kecewa.

"Kamulah tunjang utamaku dan membuatkanku menjadi insan lebih baik. Di sebalik segala kekecohan ini, saya masih dapat rasai kasih sayangmu yang mendalam.

"Saya harap kita sentiasa terbuka untuk belajar dan menghargai setiap apa yang kita lakukan. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama. Saya di sini dan hati saya untuk kamu Bella," tulisnya.

A post shared by ????? ???? ( ألف عزيز ) (@iamaliffaziz)


Terdahulu, kehadiran pelakon cantik Sophia Albarakbah pada konsert ketiga All Stars Gegar Vaganza minggu lalu mencetuskan polemik hingga terkait dengan nama Aliff Aziz.

Bella bagaimanapun tampil meluahkan kekesalan dan rasa hampanya susulan situasi yang tercetus.
#Viral #Aliff Aziz #Bella Astillah #maaf #Sophia Albarakbah #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #GVX