Hiburan

Aliff Aziz Nafi Tarik Semula Kes Terhadap Sarah Yasmine, Selesai Kemelut Dengan Cara ‘Final Court Order’

gempak
Firdaus
27/09/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Aliff Aziz Nafi Tarik Semula Kes Terhadap Sarah Yasmine, Selesai Kemelut Dengan Cara ‘Final Court Order’
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz menyatakan kes undang-undang yang ditujukan terhadap bekas kekasih gelapnya, Sarah Yasmine masih belum berakhir.

Perjelas Kekeliruan

Menurut Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz dalam perkongsiannya di Instagram, pelantun lagu Kalau Cinta itu menafikan dakwaan bahawa kes tersebut telah diselesaikan dengan cara baik seperti yang didakwa oleh Sarah.

"Kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya adalah sama sekali tidak benar....

“Ini adalah penjelasan saya tentang fakta kesimpulan kes mahkamah yang melibatkan pihak sana setelah mendapati ada kekeliruan ramai tentang isu ini.
“Saya ingin nyatakan dengan jelas disini, memang kes ini telah selesai tetapi ia selesai dengan mahkamah telah memutuskan ‘Final Court Order' terhadap pihak sana.
“Jadi kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya adalah sama sekali tidak benar.
“Dengan itu perintah mahkamah tersebut adalah muktamad dan ia telah terlaksana serta merta. Dan saya yakin pihak sana tahu dan faham akan perintah-perintah yang tertakluk di dalam ‘Final Court Order’ itu,” tulisnya.
Mengulas lanjut, penyanyi berusia 33 tahun itu berharap kenyataan yang dikeluarkan dapat menjernihkan keadaan serta mengelakkan salah faham kepada pihak-pihak yang berkait.
“Dengan penjelasan ini, saya harap tiada lagi kekeliruan dan saya juga harap tiada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan fakta kesimpulan kes ini,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Kemelut Antara Sarah Yasmine & Aliff Aziz Berakhir, Sudah Capai Penyelesaian Cara Baik - "Kami Pernah Terlibat Dalam Pergaduhan..."

​BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Nafi Jadi Pembuli Siber, Dakwa Diri Difitnah - “Best Kan Tuduh Orang Letak Dadah..”

​BERITA TRENDING: “Top Up Beli Eye Mo Lebih Sis” - Sarah Yasmine Sindir Ruhainies Lagi?

​BERITA TRENDING: “My Middle Name Is Your Karma & Pesanan Awak Sudah Dihantar” - Sarah Yasmine Puas Hati Ruhainies Terima Balasan?

Untuk info, Sarah sebelum ini menerima notis daripada mahkamah untuk tidak mengeluarkan sebarang pendedahan di media sosial.
Ini termasuklah dia tidak dibenarkan memberi komen mengenai temu bual aktor berkenaan yang dimuat naik di saluran YouTube The Common Folks pada Mei lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live