Aliff Aziz Sedih Ibu Jadi Mangsa Serangan Netizen - “Kerana Kekurangan & Kesilapan Saya Telah Meletakkan Dia Di Posisi Sebegitu”
Asyikin Mayudin
03/07/2024 04:10 MYT
03/07/2024 04:10 MYT
Sebagai seorang anak, penyanyi Aliff Aziz mengakui berasa sedih melihat ibunya, Siti Hafiza Basharahil diserang netizen ketika dia dilanda kontroversi perceraian dengan bekas isteri, Bella Astillah dan terpalit kes khalwat dengan pelakon Ruhainies.
Bagaimanapun Aliff berkata dia menghormati pendapat semua pihak dan turut berharap wargamaya lebih berpada-pada ketika mengeluarkan berkata-kata di laman sosial.
"Sebagai seorang anak, sudah semestinya saya kecewa dan sedih. Namun kerana kekurangan dan kesilapan saya telah meletakkan ibu di posisi sebegitu.
"Cuma saya berharap sangat kepada semua orang, apa sahaja pendapat yang orang ramai ada, kami semua hanyalah manusia biasa seperti semua orang. Kami juga manusia biasa yang buat salah dan silap, kami juga ada perasaan
"Saya menghormati pendapat semua, semua berhak memberikan pendapat, cuma saya berdoa dan berharap kepada semua, berpada-padalah dalam mengeluarkan kata-kata yang kesat, mengeluarkan kata-kata yang tak baik," katanya kepada Gempak.
"Macam saya cakap, ini peringatan untuk saya juga kerana apa yang kita kongsikan, apa yang kita taip itu senang dikongsikan.
"Seperti contoh apabila saya dan ibu berkongsi hantaran tidak berkenaan, seperti berkongsi peringatan berkenaan kata-kata Islamik, kita tak perlu jadi baik untuk sebarkan benda yang baik.
"Saya berharap apabila saya sebarkan perkara terbabit, Insya-Allah, Tuhan akan berikan kebaikan kepada saya," katanya.
Ketika ditanya mengenai emosi ibunya, Aliff mendedahkan semuanya semakin okay dan memohon doa yang baik-baik.
"Saya minta kepada semua, daripada kita bercakap bukan-bukan atau pun bercakap kesat, lebih baik kita tak bercakap apa-apa.
"Mengenai emosi ibu saya, dia semakin baik sekarang. Doakanlah semoga semua pihak diberikan semangat dan kekuatan untuk maju ke hadapan serta menjadi lebih baik," katanya.
Bagaimanapun Aliff berkata dia menghormati pendapat semua pihak dan turut berharap wargamaya lebih berpada-pada ketika mengeluarkan berkata-kata di laman sosial.
"Sebagai seorang anak, sudah semestinya saya kecewa dan sedih. Namun kerana kekurangan dan kesilapan saya telah meletakkan ibu di posisi sebegitu.
"Cuma saya berharap sangat kepada semua orang, apa sahaja pendapat yang orang ramai ada, kami semua hanyalah manusia biasa seperti semua orang. Kami juga manusia biasa yang buat salah dan silap, kami juga ada perasaan
"Saya menghormati pendapat semua, semua berhak memberikan pendapat, cuma saya berdoa dan berharap kepada semua, berpada-padalah dalam mengeluarkan kata-kata yang kesat, mengeluarkan kata-kata yang tak baik," katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: Dikecam Datang Ke Mahkamah Dengan Senyuman Lebar, Ini Jawapan Ruhainies - “Saya Senyum Sebab Nampak…”
BERITA TRENDING: “Bagi Saya, Tiada Apa-Apa Yang Boleh Halang Untuk Kami Masih Berhubung…” - Aliff Aziz Jawab Mengenai Dakwaan Berbalas Hantaran Dengan Ruhainies
Menganggap apa yang terjadi sebagai peringatan untuk dirinya, Aliff juga memberi penjelasan mengenai perkongsian berunsur Islamik di laman sosial miliknya dan ibu."Macam saya cakap, ini peringatan untuk saya juga kerana apa yang kita kongsikan, apa yang kita taip itu senang dikongsikan.