Empat Ministar iaitu Aliff, Cici, Eiffel dan Putri berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir konsert Ceria Megastar Ministar 2019.

Pengumuman itu dibuat oleh pengacaranya, Nabil Ahmad, pada konsert separuh akhir yang disiarkan pada Jumaat, 9 Ogos lalu.

Pada malam konsert tersebut yang bertemakan ‘We Can Duet’, para Ministar ditugaskan untuk membuat persembahan secara duet bersama artis undangan.

Ministar Aliff berduet dengan penyanyi dan penyampai radio, Mawi, dengan lagu ‘Terharu’, nyanyian asal Mawi dan Dato Jamal Abdillah. Ternyata wujud ‘chemistry’ yang luar biasa di antara keduanya, sehingga persembahan mereka dianugerahkan tiga ‘Wow!’ oleh Juri Tetap; Datuk Haji Aznil Nawawi (Pak Nil) dan Zizan Razak, serta Juri Jemputan, Faizal Tahir!

Ministar Putri pula naik ke pentas bersama penyanyi, Akim Ahmad, untuk mendendangkan lagu ‘Warkah Untukku’ oleh Ara Johari. Berjaya mencetuskan persembahan yang cukup memukau, Putri juga diberikan tiga ‘Wow!’.

Manakala Ministar Cici dan artis undangannya, Syamel, mempersembahkan lagu ‘Aku Cinta’, nyanyian asal Ernie Zakri dan Syamel, yang mana melayakkan beliau menerima ‘standing ovation’ dari Pak Nil!

Dalam pada itu, Ministar Eiffel, pemegang ‘Mikrofon Wow!’ pula menyampaikan lagu ‘Cinta Luar Biasa’ oleh Andmesh bersama pasangan duetnya, Azmi Saat dari kumpulan Caliph Buskers yang membuat audiens tersenyum dan sebak pada masa yang sama.

Kemudian, Ministar Timah dan Shila Amzah berduet dengan lagu ‘Shallow’, nyanyian asal Lady Gaga dan Bradley Cooper yang dikatakan persembahan terbaik dari Timah oleh warganet.

Walaupun menyampaikan persembahan yang dikatakan cemerlang, Ministar Timah gagal untuk mara ke konsert finale Ceria Megastar Ministar apabila diumumkan tersingkir pada akhir siaran itu.

Ketika pengumuman dibuat, Pak Nil menangis seolah-olah tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Namun begitu, perjalanan ke pentas akhir masih perlu diteruskan dan impian keempat-empat finalis, Aliff, Cici, Eiffel dan Putri, untuk dinobatkan sebagai juara musim pertama seterusnya membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM 20,000 dan sebuah trofi masih lagi terbuka luas!

Untuk konsert finale ini, finalis akan membuat persembahan bersama artis-artis popular tanah air seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli dan Andi Bernadee.

Justeru, saksikan gelagat kanak-kanak yang berbakat besar ini buat kali terakhir di siaran langsung Konsert Finale Ceria Megastar Ministar, Jumaat, 16 Ogos 2019, jam 9.00 malam hanya di saluran Astro Ceria (CH611), Astro Prima (CH105) dan Astro Prima HD (CH121).

Ceria Megastar Ministar juga boleh diakses melalui aplikasi Astro GO yang mempunyai versi ‘extended cut’ serta di platform digital, On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.