VIRAL
Aliff Syukri Akhirnya Bersuara Isu Keluarga, Mohon Hentikan Segala Pertengkaran - “Kri Hanya Nak Mak Bahagia, Maaf Kalau Kri Salah…”
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya tampil memberikan respon berhubung isu yang melanda isterinya, Datin Shahida dan pelakon, Rebecca Nur Al-Islam.
Mohon tamatkan sengketa
Enggan memanjangkan isu, Aliff menerusi kenyataan di Instagram berkata perkara yang berlaku itu bukanlah direka untuk tujuan konten dan memohon agar segalanya dihentikan dengan segera.“Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya penulisan ini akan menyinggung ramainya pihak. Ramai yang menantikan komen saya.
“Saya cuma nak sampaikan dan saya merayu kepada semua blogger dan wartawan untuk bantu saya menghentikan segala yang viral di media sosial ini.
“Cukup-cukuplah apa yang berlaku kepada keluarga saya kebelakangan ini. Ini bukan sesuatu yang mengembirakan atau konten drama. “Saya sayang keluarga saya, mak saya, saya sayang adik saya walaupun kami bukan satu bapa tapi kami satu ibu saya,” maklumnya.
Berada dalam situasi sukar dan tertekan
Dalam pada itu, Aliff juga mengakui sebagai seorang anak dia kini berada dalam situasi sukar dan tersepit dipertengahan kerana isu tersebut melibatkan banyak pihak.“Sebenarnya saya sudah sedaya upaya untuk menutupi segala masalah yang berlaku kepada keluarga kami.
“Saya sebagai anak, abang, suami turut tersepit dalam keadaan ini malah sukar untuk saya luahkan. Bila melibatkan banyak orang, adik-beradik lain.
“Kepada orang luar, tolong jangan berlebihan, mohon hormati. Mak saya dah tua dah pun dan punya anak remaja dan cucu.
“Malah adik-adik saya yang masih remaja dan mentah untuk melalui kehidupan di mana parents bercerai, dan terpaksa menerima orang baru.
“Mereka tidak menolak tetapi ianya tidak lah mudah, hanya yang mengalami sahaja yang tahu perasaannya bila ibu atau bapa kita berkahwin lain.
“Jujurnya ditelan mati mak dimakan mati bapa. Banyak benda ini saya kongsikan tetapi saya rasa tidak manis untuk saya kongsikan di sini.“Pada awalnya saya happy sangat mak nak berkahwin dengan masalah yang ditanggung, tapi bila apa yang berlaku saya turut tertekan. “Mungkin saya nampak gembira ketika saya buat live tetapi sebaliknya, tetapi demi melihat ibu saya gembira dan saya tahu itu adalah pilihannya. Saya akur yang penting ibu bahagia.
“Cukuplah apa yang saya rasakan untuk saya simpan untuk diri saya sahaja,” jelasnya.
BERITA TRENDING:Datin Shahida Bidas Dakwaan Gila Populariti & Tumpang Hasil Kekayaan - “Baik Saya Duduk Dirumah Habiskan Duit”
BERITA TRENDING:"Awak Tak Faham Bila Mak Saya Cakap Tak Nak Post, Tapi You Masih Post Juga" - Anak Tampil Bersuara, Pertahan Bonda Rozita!
BERITA TRENDING:Didakwa Gila 'Glamour', Rebecca Nur Al-Islam Bidas Isteri Aliff Syukri - “Adakah Makcik Ini Bodoh Atau Bercakap Tak Menggunakan Akal?”
BERITA TRENDING:Asslamualaikum Kakak Ipar Ku…” - Raikan Ahli Keluarga Baharu, Rebecca Nur Islam Titip Ucapan Istimewa Buat Bonda Rozita
BERITA TRENDING:Tular Video Berpegangan Tangan Dengan Seorang Lelaki, Netizen Dakwa Itu Suami Baru Bonda Rozita?
Hanya mahu ibu bahagia
Dalam hantaran yang sama, Aliff juga turut mendoakan kebahagiaan ibu tercinta bersama dengan suaminya.“Insya-Allah kami akan ada sentiasa untuk mak walau apa jua keadaan mak ketika itu. Kasih sayang ini akan ada selamanya untuk mak, bukab sebab harta yang mak ada, selamat pengantin baru,” tulisnya.“Kepada mak saya Rozita binti Ibrahim… Kri bukan nak apa-apa, hanya nak mak dan semua bahagia. Maaf mak kalau Kri salah tapi kalau mak ada masalah panggilah Kri dan Ida, kami tahu dimana letaknya kami ketika ini.
Terdahulu, Rebecca menafikan dakwaan Shahida bahawa dia lebih sudu dari kuah apabila kerap memuat naik gambar kakak ipar barunya, Bonda Rozita Ibrahim.
Tak berdiam diri, anak Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga bersuara mempertahankan Datin Shahida.
Must-Watch Video