VIRAL

Aliff Syukri Akhirnya Bersuara Isu Keluarga, Mohon Hentikan Segala Pertengkaran - “Kri Hanya Nak Mak Bahagia, Maaf Kalau Kri Salah…”

Mya Amri 20/04/2025 | 14:23 MYT
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya tampil memberikan respon berhubung isu yang melanda isterinya, Datin Shahida dan pelakon, Rebecca Nur Al-Islam.

Mohon tamatkan sengketa

Enggan memanjangkan isu, Aliff menerusi kenyataan di Instagram berkata perkara yang berlaku itu bukanlah direka untuk tujuan konten dan memohon agar segalanya dihentikan dengan segera.
“Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya penulisan ini akan menyinggung ramainya pihak. Ramai yang menantikan komen saya.
“Saya cuma nak sampaikan dan saya merayu kepada semua blogger dan wartawan untuk bantu saya menghentikan segala yang viral di media sosial ini.
Terdahulu, Rebecca menafikan dakwaan Shahida bahawa dia lebih sudu dari kuah apabila kerap memuat naik gambar kakak ipar barunya, Bonda Rozita Ibrahim.
Tak berdiam diri, anak Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga bersuara mempertahankan Datin Shahida.
#Rebecca Nur Al Islam #Aliff Syukri #Isu #Datuk Seri Aliff Syukri #Bonda Rozita #Keluarga #Rozita Ibrahim #Datin Shahida