HIBURAN
Aliff Syukri Bantu Aiman Tak Kisah Cari Rezeki, Beri Peluang Jadi Host - “Hanya Lelaki Bergelar Suami & Ayah Sahaja Faham Apa Dia Rasa”
Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri memuji semangat pempengaruh Aiman Tak Kisah dalam mencari peluang pekerjaan.
Puji sikap Aiman tak malu cari kerja
Aliff menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya berkata Aiman memohon secara peribadi untuk mencari peluang pekerjaan demi menyara keluarga.
“Satu saya nak puji, dia datang bukan nak meminjam duit tetapi minta diberikan peluang platform kepada dia supaya dia boleh ada kerja bagi mencari nafkah keluarga.
“Lelaki ni kalau rajin cari duit Insha-Allah setiap hari akan ada makanan terhidang atas meja.