Laman Utama

Aliff Syukri Calonkan Diri Nak Jadi Perdana Menteri - "Kalau Ada Rezeki Tak Kemana"

gempak
Amri Hassan
16/08/2021
23:54 MYT
Sponsor Banner
Aliff Syukri Calonkan Diri Nak Jadi Perdana Menteri - "Kalau Ada Rezeki Tak Kemana"
Penyanyi dan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri berhasrat untuk memohon jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia.
Perkara itu dinyatakan menerusi hantaran di akaun Instagramnya dengan menyertakan borang permohonan atas talian yang dikongsikan kepada umum.
"Kalau ada rezeki tak kemana. Doakan semuanya dipermudahkan," katanya.
Perkongsian jutawan kosmetik itu mendapat pelbagai reaksi termasuk ibunya sendiri, Bonda Rozita.
"Ha ha ha bongoklah Kri cari pasal kena kecam. Mak orang pertama akan memberontak," tulisnya.
Selain itu, ramai yang meninggalkan komen lucu dan mempertikaikan pilihan Aliff untuk memohon jawatan terbabit.
"Datuk nak urus pembantu rumah pun terjerit-jerit ini nak urus rakyat 30 juta," kata Wak Doyok.
"Saya sokong Datuk, harap Datuk bagi RM1 juta setiap isi rumah.
"Nak jadi PM suara kena merdu.
"Datuk tadi baru kata nak relaks, tenang, disayangi dan dihormati. Janganlah join politik," demikian beberapa komen netizen menyakat pelantun lagu Bobo Di Mana itu.
Pada masa sama, ada yang menganggap Aliff tidak serius memandangkan nombor kad pengenalan yang diisinya itu merujuk kepada milik seorang wanita dengan berakhiran nombor genap.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin telah meletakkan jawatannya dan peletakan jawatan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Susulan peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live