Skip to main content

Budaya Popular

Aliff Syukri Dedah Ibu Selalu Lebihkan Menantu - “Semua Menantu Sahaja Yang Betul”

astro_gempak_aliff-syukri-dedah-ibu-selalu-lebihkan-menantu-semua-menantu-sahaja-yang-betul.jpg
Usahawan produk kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan ibunya, Rozita Ibrahim sentiasa mendahului menantu.
 

Sayang menantu

Menurut Aliff, walaupun ada masanya dia tidak sependapat dengan ibunya namun, Rozita tetap menangkan isterinya iaitu Datin Seri Nir Shahida.

“Mak saya lebihkan menantu. Satu benda yang saya tidak senang dengan mak saya, mak saya ini dia lebihkan menantu.

“Salah satu sebab saya selalu bergaduh dengan mak saya adalah sebab dia selalu menangkan menantu.


“Tak kisahlah belah adik ke abang ipar. Semua menantu saja yang betul,” katanya menerusi siaran langsung di TikTok.
 

Aliff anak yang baik


Sementara itu, dalam klip video siaran langsung yang sama, Rozita menyifatkan Aliff sebagai anak yang baik.

“Saya gembira sebab Allah bagi nikmat dapat anak sebaik Aliff Syukri.  Masa saya muda, saya tidak bertudung. Bila saya sedih, dia lah hiburan. 

“Bila dah tua, saya sangat mengharapkan anak lelaki yang boleh jadi ayah kepada semua anak-anak saya,” ujarnya.


Berikut merupakan video Aliff dan Rozita:
@achik0310 #fyppppppppppppppppppppppp #bondarozitaibrahim #terlajaklaris #alifsyukriterlajaklaris #fypシ @Aliff Syukri Kamarzaman ♬ Heartbreaking Sadness - Yuda Pratama

Advertisement

Must-Watch Video