Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mencari seorang individu yang tak dikenali disyaki telah mencuri beg miliknya ketika berada di Sepanyol.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Aliff memberitahu dia mengalami kerugian apabila kehilangan wang tunai berjumlah hampir RM20,000 serta jam tangan jenama Cartier yang berharga lebih dari RM100,000.

Menurut Aliff, barang peribadinya dicuri ketika dia sedang membuat latihan untuk muzik video lagu terbaharunya, Abang Nak Tegur.

Aliff memberitahu ia merupakan dugaan besar buatnya ketika berada di sana.

Dalam entri tersebut, Aliff turut memuat naik gambar seorang lelaki yang dibulatkan wajahnya yang didakwa pencuri tersebut.

Sebelum itu Aliff turut memuat naik laporan polis mengenai kejadian terbabit ke dalam akaun IG miliknya.

jgn salah tafsir pasal report saya yg sy post sebelum ni..sy x nak terangkan disana sbb tu sy bad mood?? . . hari ni sy terangkan perkara sebenarya.. ade x sesiapa yg kenal mamat dlm bulatan merah ni?... ini adalah salah satu bnda tragis yg berlaku semasa saya di Spain... dia rembat beg sandang solvatore faragamo saya masa sy tgh leka training...so lesap la cash yg saya bwk 4000 euro, kad kredit, IC saya, jam cartier 100k++...tapi saya gigihkan jgk...sebb demi nk siapkan MTV hanya allah shaja yg tahu dugaan sy yg saya x share.. #abangnaktegur saya teruskan jugak

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Foto: Instagram Aliff Syukri

Teks oleh: Syafiqah Jalal