Aliff Syukri Dedah Wajah Pencuri Wang, Jam Tangan Miliknya Bernilai RM120,000

Syafiqah Jalal
Disember 13, 2017 09:30 MYT
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mencari seorang individu yang tak dikenali disyaki telah mencuri beg miliknya ketika berada di Sepanyol.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Aliff memberitahu dia mengalami kerugian apabila kehilangan wang tunai berjumlah hampir RM20,000 serta jam tangan jenama Cartier yang berharga lebih dari RM100,000.

Menurut Aliff, barang peribadinya dicuri ketika dia sedang membuat latihan untuk muzik video lagu terbaharunya, Abang Nak Tegur.

Aliff memberitahu ia merupakan dugaan besar buatnya ketika berada di sana.

Dalam entri tersebut, Aliff turut memuat naik gambar seorang lelaki yang dibulatkan wajahnya yang didakwa pencuri tersebut.

Sebelum itu Aliff turut memuat naik laporan polis mengenai kejadian terbabit ke dalam akaun IG miliknya.

Foto: Instagram Aliff Syukri

Teks oleh: Syafiqah Jalal

#Aliff Syukri #Pencuri #Pengasas Kosmetik