Hiburan

“Aliff Syukri Jadi Keeper Sekarang” - Netizen Keliru Wajah Penjaga Gol Pulau Pinang Mirip Jutawan Kosmetik

gempak
Azwa Rahman
21/01/2020
04:36 MYT
Sponsor Banner
“Aliff Syukri Jadi Keeper Sekarang” - Netizen Keliru Wajah Penjaga Gol Pulau Pinang Mirip Jutawan Kosmetik
Penjaga gol pasukan Pulau Pinang Samuel Somerville mencuri perhatian wargamaya apabila wajahnya dikatakan mirip jutawan kosmetik berjaya, Datuk Seri Aliff Syukri.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sekeping foto Somerville sedang memasuki padang untuk beraksi bagi merebut Piala Edy Rahmayadi 2020 menentang pasukan PSMS Medan.
“Aliff Syukri jadi penjaga gol Pulau Pinang sekarang”, tulis pengguna itu menerusi satu kicauan. Tambah menarik apabila kicauan itu turut mendapat perhatian Somerville yang merupakan bekas penjaga gol JDT.
“Kalau boleh tag la saya,” tulis penjaga gol berdarah kacukan England-Malaysia itu. Malah ada seorang pengguna memberitahu Somerville bahawa wajahnya saling tak tumpah seperti Aliff Syukri.
“Ya, ramai orang beritahu saya perkara itu,” balas Somerville menerusi balasan kicauan.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya terkejut dengan wajah yang mirip itu dan ia mengundang pelbagai reaksi lucu.
“Nampak sama tapi bukan dia hahahaha,” tulis seroang wargamaya.
“Hahaha tertipu aku oi! Sekali pandang macam dia bila zoom bukan dia,” kata seroang wargamaya.
“HAHAHAHAHA habis kalau kalah semua team dia, dia amuk. Atas padang pun dia buat live video, dia tak lupa. Awas!!” usik seorang wargamaya.
“Mesti pakai glove LV tak pun Gucci,” komen seorang wargamaya lagi.
Kicauan tersebut sehingga kini telah menerima hampir 10,000 ulang kicau dan 9,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Kicauan dari Somerville pula mendapat lebih 4,000 ulang kicau.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live